Monday, January 17

Sejarah Dan Latar Pelakang Penubuhan Pendidikan Khas



Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran mula dibukasecara rasmi pada 3 Januari 2010 dengan bilangan pelajar seramai 6 orang dan 3 orang guru.

Kelas Pendidikan Khas ini diketuai oleh Pn. Nor Naimmah Othman sebagai Penyelaras Program. Murid-murid istimewa ini adalah kumpulan pertama program di SMK Tun Perak ini dan antaranya mempunyai masalah pembelajaran seperti terencat akal, autisme, down sindrom dan bermasalah pendengaran. Seterusnya pada 22 Februari 2010 pula, seramai 9 orang murid dari Tingkatan 1 yang terdiri daripada murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran iaitu Slow Learner dan Disleksia mendaftarkan diri ke Kelas Pendidikan Khas. Walaubagaimanapun, murid-murid Slow Learner dan Disleksia ini ditempatkan di aliran perdana bagi mengikuti kelas inklusif bersama dengan murid-murid perdana. Kini pada tahun 2011, terdapat pertambahan pelajar 3 orang dan kini bilangan ialah 18 orang murid dan 4 orang guru serta seorang pembantu pengurusan murid (PPM).



No comments:

Post a Comment