Monday, September 26

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2011

Majlis penutup Bulan Kemerdekaan SMK Tun Perak
telah diadakan pada 22 Setember 2011 ( Khamis) .

Acara yang telah disertai oleh Kelas pendidikan Khas ialah
1.. Mendeklamasi sajak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
2. Kolaj
3. Menghias kelas
4. Persembahan Majlis Penutup

Wednesday, September 7

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011

Tarikh : 23 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi -12.40 tengahari
Tempat : Dewan Seri Semarak

Latihan Kebakaran SMK Tun perak

Tarikh : 9 Mac 2011
Masa : 9.40 pagi - 11.40 tengahari
Tempat : Padang SMK Tun Perak

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Tarikh : 2 Julai 2011 ( Sabtu )
Masa : 7.30 pagi - 12.40 tengahari
Tempat : Padang Semarak

Pemenang bagi Kategori Pendidikan Khas

Nor Azian Mohd Taib ( Perempuan)
Muhd Ainur Arif Rizuan ( Lelaki )

Tuesday, June 21

selamat hari bapa



Murid -murid telah mendeklamasi sajak dan membuat kad ucapan.
Kad Ucapan dimenangi Nur Azian, Shahira Atira dan Fatihah.

Thursday, May 19

Pendidikan Khas- Lukisan Batik








Batik ilham pelajar istimewa

Hadiah Hari Guru Untuk Pengetua



Sempena Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK TUn Perak telah menyampaikan cenderahati dan tanda terima kasih kepada Tn.Hj Mohd Zabidi Mohd Zain, Pengetua SMK Tun Perak di atas keprihatinan dan komitmen yang padu tuan pengetua terhadap kemajuan dan pencapaian kelas pendidikan khas. Terima kasih sekalung budi kepada Tuan Pengetua.
SELAMAT HARI GURU DARI KAMI
AMPUN DAN MAAF SECARA LANGSUNG
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI
BUDI TUAN RASA NAK JUNJUNG

Monday, May 9

Peperiksaan PertengahanTahun

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bermula 9 May -13 May 2011.

Isnin 9 May 2011 -- Bahasa Melayu dan Matematik

Selasa 10 May 2011 -- Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam

Rabu 11 May 2011 --- Sains Sosial Dan Alam Sekitar, KHB- Perkebunan

Khamis 12 May 2011 -- KHB- Masakan dan KHB -Jahitan

Jumaat 13 May 2011 --Pendidikan Seni


" SELAMAT MAJU JAYA

DIUCAPKAN...BUAT

MURID MURID INTAN 1 DAN INTAN 2."

Friday, May 6

Majlis Tilawah Quran Dan Kesenian Islam









Majlis Tilawah Ouran dan Kesenian Islam Peringkat Kuala Kangsar telah berlangsung pada 4 Mei 2011 di SK Datin Khatijah. PPKIBP SMKTP telah menghantar 4 peserta iaitu Zakiah Hanis, Daniel Amin, Mohd Ismi Ikhmal dan Haminatul Kuraishah...

Acara yang disertai mereka ialah Hafazan, Tilawah Quran dan Azan.

Namun, tahniah diucapkan kepada pemenang iaitu
Mohd Ismi Ikhmal memenangi pertandingan Azan( ketiga) dan Tilawah ( kedua).
Zakiah Hanis dan Daniel Amin masing-masing men
tempat ketiga dalam pertandingan Hafazan.
Haminatul Kuraishah menjadi Johan Tilawah tanpa bertanding
dan akan mewakili Daerah kuala Kangsar pada 11 Mei 2011 ini.
TAHNIAH......

Monday, April 18

Kelab kebudayaan- Menghias Tuala Kecil





Aktiviti menghias tuala kecil ini telah dijalankan pada 12 April 2011 ( Selasa ). Alhamdulillah aktiviti ini berjalan lancar dan murid dapat membuatnya dengan baik.

Friday, April 15

Lawatan Muhibbah Ke SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar










Pada 12 April 2011, kami telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Program Pendidikan khas Integrasi Bermasalah pembelajaran ( PPKIBP) SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, mempelajari selok belok dalam aspek pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, keceriaan kelas, berkongsi idea dan merancang aktiviti yang boleh dijalankan bersama.
Istimewanya, PPKIBP SMK Raja Muda Musa ini memfokuskan aktiviti penanaman Roselle. Mereka telah memproses Roselle menjadi jeruk, jem dan kordial. Sungguh hebat. Para guru mendapat sebotol kordial Roselle sebagai buah tangan. Terima kasih daun keladi... kalau ada nanti kami beli.....

Wednesday, April 13

Pertandingan Bowling ( 5 April 2011 )











Pertandingan Bowling ini julung-julung kali diadakan bagi menarik minat murid dan mencungkil bakat mereka. Ini merupakan pengalaman pertama murid dan kebanyakan murid sangat teruja. Alhamdulillah,.