Monday, April 18

Kelab kebudayaan- Menghias Tuala Kecil





Aktiviti menghias tuala kecil ini telah dijalankan pada 12 April 2011 ( Selasa ). Alhamdulillah aktiviti ini berjalan lancar dan murid dapat membuatnya dengan baik.

Friday, April 15

Lawatan Muhibbah Ke SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar










Pada 12 April 2011, kami telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Program Pendidikan khas Integrasi Bermasalah pembelajaran ( PPKIBP) SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, mempelajari selok belok dalam aspek pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, keceriaan kelas, berkongsi idea dan merancang aktiviti yang boleh dijalankan bersama.
Istimewanya, PPKIBP SMK Raja Muda Musa ini memfokuskan aktiviti penanaman Roselle. Mereka telah memproses Roselle menjadi jeruk, jem dan kordial. Sungguh hebat. Para guru mendapat sebotol kordial Roselle sebagai buah tangan. Terima kasih daun keladi... kalau ada nanti kami beli.....

Wednesday, April 13

Pertandingan Bowling ( 5 April 2011 )











Pertandingan Bowling ini julung-julung kali diadakan bagi menarik minat murid dan mencungkil bakat mereka. Ini merupakan pengalaman pertama murid dan kebanyakan murid sangat teruja. Alhamdulillah,.

KH-masakan ( Cucur Udang )










Aktiviti masakan dijalankan setiap selasa. Masakan cucur udang ini dilakukan oleh setiap murid.Cikgu Siti yang mengajarnya dan di bantu oleh Cikgu Armeida. Alhamdulillah.. murid-murid sangat gembira kerana hasilnya memang lumayan...SEDAP DAN MENGENYANGKAN.....