Friday, April 15

Lawatan Muhibbah Ke SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar










Pada 12 April 2011, kami telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Program Pendidikan khas Integrasi Bermasalah pembelajaran ( PPKIBP) SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim, mempelajari selok belok dalam aspek pengurusan, pengajaran dan pembelajaran, keceriaan kelas, berkongsi idea dan merancang aktiviti yang boleh dijalankan bersama.
Istimewanya, PPKIBP SMK Raja Muda Musa ini memfokuskan aktiviti penanaman Roselle. Mereka telah memproses Roselle menjadi jeruk, jem dan kordial. Sungguh hebat. Para guru mendapat sebotol kordial Roselle sebagai buah tangan. Terima kasih daun keladi... kalau ada nanti kami beli.....

No comments:

Post a Comment